Tuesday, October 4, 2011

Lagi Kes Pembuangan Bayi....

Salam 1Malaysia...

Terkedu apabila melihat gambar bayi di atas. Ini adalah salah satu kes pembuangan bayi yg baru berlaku kelmarin (03/10/2011, Isnin). Ya Allah, hanye tuhan saja yg tahu betapa terseksa batin saye apabila terlihat gambar bayi yg tidak berdosa dibuang oleh ibunya sendiri tanpa sedikit pn rasa belas kasihan. Apa yg sedang berlaku sekarang ni sebenarnye? Inikah yg dikatakan kemajuan?? Perempuan yg belum berkahwin blh bersalin sendirian tanpa bantuan dr sesiapa, lepas tu buang anak dlm longkang tanpa sedikitpun belas ihsan?!! This is very unacceptable... lgsg tak boleh diterima akal. Saya sendiri tak tahu macam mane dia blh berbuat demikian sedangkan dia adalah seorang muslim. Islam tidak mengajar kita untuk berbuat zalim. Islam mengajar kita untuk berkasih sayang, hormat menghormati dan elakkan penzinaan. Inilah akibatnye bila berlaku penzinaan sebelum kahwin.. Nauzubillah...

Saya juga seorang wanita, seorang ibu, saya sgt syg anak saya.. Don't know di mana letaknye maruah dan harga dirinye apabila sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Da la berzina, lps tu buang anak yg br lahir tu main campak je ke bawah flat.. tau2 anak tu masuk longkang, meninggal terus. Zalim !!! No more words yg mampu dilemparkan kpd perempuan yg tidak berhati perut mcm tu.

Ini saya petik dari paper Harian Metro..

"GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.

Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.

Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.


Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang."


Boleh pulak ek, lps bersalin.. siap2 nk pegi keje.. Dia tak skt ke?? Tapi kalau da hati tu da hitam, ape2 pn blh jadi.. Entah la... Sama2 kita renungkan, sama2 kita ambil iktibar dan pengajaran dari apa yg terjadi..

UPDATE: Mengenai kes pembuangan bayi spt ini, rasanye kita semua tidak boleh meletakkan 100% kesalahan tersebut terhadap perempuan @ ibu yg membuang bayi. Kerana bagi saya, dia juga adalah mangsa. Mangsa yang terperangkap dengan godaan syaitan. Dia mungkin bersalah krn terlalu menurut hawa nafsu, terlalu percaya dgn janji2 manis yg diberikan oleh lelaki. Dan sekarang dia sedang menanggung akibat dari perbuatan dosa yg dia lakukan.. Akan tetapi, pernahkah terfikir di minda kita, apa kesudahannya dgn lelaki yg bertanggung jawab menyebabkan kes pembuangan bayi ini berlaku?? Bagaimana nasib mereka?? Adakah mereka bebas untuk terus mencari mangsa penzinaan baru dan selepas itu buang lagi bayi tersebut?? Sampai bila keadaan ini akan berterusan?? Yang menjadi mangsa akan terus menjadi mangsa.. Bayi yang tidak berdosa.. . Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...