Wednesday, September 10, 2014

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

Berikut adalah antara khasiat buah atau jus delima untuk ibu-ibu mengandung:

  • Melindungi Otak Bayi
Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima semasa waktu permulaan hingga ke hujung kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. 
  • Anak Sihat & Cerdas
Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Mengelakkan Kekejangan 
Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil terutama sekali bagi ibu-ibu yang menggandung anak kedua dan ke atas serta faktor usia.
  •  Kulit Bayi Sihat
Antara lain khasiat buah delima adalah bayi yang dilahirkan mempunyai tahap imunisasi yang tinggi serta kulit yang sihat. Ini dapat dibezakan antara bayi yang tidak mendapat khasiat buah delima apabila kulit bayi akan selalu menjadi ruam sekiranya ibu-ibu lambat menukar lampin yang basah akibat najis bayi. Kulit bayi yang mendapat khasiat jus delima semasa ibu mengandung mempunyai daya tahan terhadap penyakit serta kulit yang sihat dan kurang radangan pada kulit mereka.
  • Membersih Bahagian Dalaman Wanita
Jus delima juga dapat membantu wanita menjaga kesihatan dalaman dimana selalunya ibu-ibu yang mengandung juga mengalami masalah keputihan. Apabila ibu-ibu minum jus delima, ia akan dapat mengeluarkan kotoran-kotoran yang ada serta memberikan ruangan yang sihat dan bersih kepada bayi yang berada di dalam kandungan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...