Thursday, January 6, 2011

Delima Mampu Mengekalkan Keanjalan Bibir

RAHSIA ALAM...delima sudah digunakan berabad lalu dalam perubatan tradisional...

DELIMA ataupun nama saintifiknya Punica granatum kaya dengan sodium, riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus yang dapat membantu mengurangkan beberapa masalah kesihatan termasuk radang perut, tekanan darah tinggi serta melegakan cirit-birit.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, ia dibawa ke China oleh Dinasti Han kira-kira 100 tahun sebelum masihi dan digunakan sejak berabad lalu sebagai bahan perubatan tradisional.

Air buah delima juga digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah pernafasan berbau.

Tidak hanya membantu menangani masalah kesihatan, buah delima mengandungi kandungan aktif agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenal pasti kawasan yang mengalami masalah pigmentasi teruk bagi menghentikan pengeluaran sel yang menghasilkan melanin bagi mengurangkan masalah itu.

Di samping itu, buah ini juga mengandungi bahan antioksidan yang dapat merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat yang bermanfaat pada kulit.

Antioksidan ini diperlukan bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada rosak akibat terdedah kepada radikal bebas di persekitaran.

Malah, ia mempunyai keupayaan untuk memperbaiki tahap kekeringan kulit dan menjadikannya bahan sesuai bagi rawatan sama ada untuk mencerah, melembap, menyeri dan antipenuaan.

Oleh itu, jenama kosmetik terkemuka, Avon turut memanfaatkan khasiat penggunaan ekstrak buah terbabit dalam produk keluaran terbaru mereka, Ultra Moisture Rich Lipstick.

Pengurus Jenama Avon, Noorashikin Selamat, berkata tidak dapat dinafikan kini makin banyak ekstrak buah-buahan digunakan dalam industri kecantikan dan penjagaan kulit. Ini kerana buah-buahan terbabit kaya dengan vitamin yang dapat memberikan manfaat kepada kulit dalam memperbaiki struktur yang rosak.

Justeru, Avon menggunakan buah delima sebagai bahan utama dalam pengeluaran gincu terbarunya itu di samping penggunaan kolagen dan minyak jojoba.

"Gabungan semua bahan berkenaan dapat memberikan kelembapan serta mengekalkan keanjalan pada bibir secara menyeluruh.

"Bibir akan kekal terpelihara tanpa rasa kering keterlaluan dan pengguna akan merasai kelembapan itu dalam tempoh yang lama," katanya pada majlis pelancaran produk dan duta wajah Avon di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Noorashikin berkata, gincu terbaru itu turut dilengkapi dengan perlindungan SPF15 bagi membantu mengelakkan kulit di bahagian bibir nampak kusam dan tidak bermaya.

Terdapat 20 pembayang warna yang boleh dipilih pengguna mengikut kesesuaian majlis dan produk ini boleh dimiliki pada harga pengenalan RM17.90.

Sementara itu, menurut duta wajah Avon 2011, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, kini tiada alasan bagi wanita untuk tidak berhias.

Dia yang membesar dengan barangan Avon sejak di zaman pengajian kolejnya berkata, mungkin ramai yang menganggap modal yang diperlukan untuk berhias agak mahal, tetapi kosmetik Avon mampu dimiliki ramai wanita.

"Tidak perlu menggunakan barangan berjenama mahal, tetapi cukup sekadar mendapatkan kosmetik yang bersesuaian dengan kemampuan diri dan paling penting, berkualiti," katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh mengunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat atau layari www.my.avon.com.


>INFO
- Buah delima berasal dari kawasan Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Kulitnya mengandungi asid tannin yang berkesan untuk menangani masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit.
- Di beberapa kawasan di Iran dan Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah pernafasan berbau. Ia turut membantu membersihkan mulut dan gigi serta mencegah jangkitan mulut.
- Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah.
- Ia membantu membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Buahnya yang masam juga boleh mencegah daripada muntah.
- Ada tiga jenis delima iaitu delima putih, merah dan ungu namun delima paling terkenal untuk dijadikan ubat adalah delima merah.
- Buah delima juga menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...