Tuesday, October 18, 2011

Banyaknye Pahala Wanita Hamil..

Salam tuk semua..

Amboi... sekarang saye tgk, ramai benar kwn2 yg tgh preggy kn? Tahniah tuk u all.. Time2 tgh mengandung cmni, mesti excited kn? Rase macam x saba nk lihat wajah baby yg bakal lahir tu kn? Saye dulu pn macam tu jg. Excited bkn main..Tambah2 bg yg tgh mengandungkan anak sulung. Tapi penat la sikit kn? Penat tu biase bg wanita hamil.. Kena bykkn bersabar la yer... :) Yang paling penting, anda semua mesti kuat semangat, kne jg pemakanan dgn baik & banyakkan beribadat kpd Allah S.W.T...

Hari ni saye nk share dgn anda semua mengenai pahala yg bakal ibu akan dapat sepanjang anda hamil, melahirkan baby, menjaga baby & membesarkan baby anda itu... ketahuilah bahawa Allah S.W.T syg dgn anda semua.. Dan ini adalah contoh pahala yg anda akan dpt :-

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Sumber: Senang hamil Page (Fb)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...