Monday, July 19, 2010

Latest Mengenai Jus Delima


Kod : 37319 - 06
Isipadu Bersih : 700 ml
Harga : RM 71.30

Keistimewaan Buah Delima adalah buah yang sangat bermutu. Ianya berupaya merawat sakit jantung,tekanan darah tinggi, memberi tenaga, mencerahkan kulit dan banyak lagi. Selain itu terdapat banyak khasiat lain dan vitamin terkandung di dalam buah Delima. Antaranya Magnesium dan Kalsium yang bagus untuk pengaliran darah. Ia juga ia dapat ;
 Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat.
 membersihkan hati dan saluran perkumuhan.
 Menyingkirkan lemak berlebihan.
 Meningkatkan tenaga.
 Mencegah rasa mual.
 Menstabilkan thap hormon semasa kemuncak haid.
 Mencantikkan kulit muka.
 Membantu memulihkan pesakit Diabetes.
 Berupaya menghapuskan kahak.
 Memberi tenaga dan mencegah keletihan.
 Mencegah angin ahmar bagi warga emas dan,
 Meningkatkan peredaran darah.

Hasil dari analisis perubatan moden tentang kebaikan jus delima ini adalah ;
 Ianya mengandungi Anti-Oksida yang tinggi.
 Anti Oksida yang tinggi di dalam buah ini mampu mengurangkan tahap kolestrol yang terkumpul dalam saluran darah dan melembutkan saluran darah yang keras serta sempit.
 Penggunaan 50cc jus delima untuk 2 minggu berturut-turut mampu mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% walau bagaimanapun, jumlah yang disarankan hanya 15-30cc sahaja iaitu 1-2 sudu teh untuk diambil setiap hari.
 Membantu meningkatkan keupayaan hati dan membantu mencegah serta mengurangkan kesan 'Hepatoprotective'.
 Kandungan anti oksidanya mampu menghalang pembentukan sel barah payudara.

Saturday, July 17, 2010

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

Salam fitrah untuk semua sahabat.... Kat sini saya nk kongsi sedikit coretan mengenai isteri yg mana insyaAllah akan menjadi dambaan suami masing2.. Kita sbg manusia biasa tak lepas drpd melakukan kesilapan. Apatah lg apabila sudah bergelar seorang isteri kpd seseorg, pasti kt kne lbh alert kpd persekitara, kehendak & kemahuan suami..

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini dipikul oleh seorang suami kan?? Oleh sebab itu, sebagai isteri kt perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walaupun isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga. Ini merupakan sedikit coretan untuk kt (para isteri) sbg ingatan bagi menjadi isteri yg terbaik disisi suami... :)

1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurusimej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

* untuk renungan diri sendiri & semua sahabat yg memegang status isteri & ibu

Kaedah Umum Didik Anak Lelaki & Perempuan

Kaedah Umum Didik Anak Lelaki & Perempuan......dipetik dari http://surau.townplan.gov.my PDF Print E-mail

Dari segi prinsip dan perkara pokok dalam didikan, mendidik anak lelaki dan anak perempuan sama saja. Tanggungjawab ibu bapa Mukmin dalam soal ini ialah memberi sebaik-baik didikan sebagaimana yang Allah dan Rasul kehendaki. Kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah – sama ada anak itu ‘menjadi’ atau tidak.

Kerana setiap kita akan ditanya oleh Allah S.W.T. di hari akhirat nanti berkenaan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan di pundak kita. Memberi didikan yang baik dan sempurna ini adalah hak paling utama bagi anak-anak yang wajib ditunaikan oleh ibu bapa.

Kesedaran ibu bapa secara mendalam terhadap hak pendidikan anak-anak ini sangat perlu dan penting bagi memelihara zuriat dan keturunan mereka daripada kehinaan, kerendahan dan kejahilan.

Untuk itu, ibu bapa perlu memahami paling tidak perkara yang dikira asas ilmu pendidikan itu sendiri. Dengan itu, tidaklah kita hanya menyerahkan bulat-bulat anak kita kepada sekolah dan guru-guru. Dalam soal mendidik anak lelaki dan anak perempuan, kaedah yang digunakan ada yang berbentuk umum dan ada yang berbentuk khusus.

Bila dikatakan kaedah umum, maksudnya ada kaedah pendidikan yang sama dikongsi anak lelaki dan anak perempuan. Kaedah khusus pula adalah kaedah yang hanya tertentu kepada anak lelaki atau anak perempuan sahaja – sesuai dengan fitrah, tanggungjawab dan peranan mereka yang berbeza.

Kaedah umum dalam mendidik anak-anak, baik yang lelaki atau perempuan, meliputi perkara-perkara berikut:

1. Mendidik iman dan akidah yang hak

a. Mengenalkan AllahLahir sahaja anak ke dunia, biarlah perkataan pertama yang didengarinya adalah sebutan nama Allah. Sebab itu disunatkan azan di telinga kanan, iqamah di telinga kiri bayi sama ada bayi lelaki atau perempuan. Sabda Nabi s.a.w.: “Bukakanlah (baca dan ucapkanlah) kepada anak-anak kamu kalimat pertama dengan La ilaha illallah.” (Riwayat al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a.)

b. Mentaati Allah. Ini merupakan didikan iman paling asas selepas mengenalkan anak-anak kepada Allah. Sabda Nabi s.a.w.: “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa neraka.” (Riwayat Ibnu Jarir)

c. Tidak mensyirikkan Allah. Ini penting untuk membersihkan akidah anak, sebagaimana nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Sehubungan itu, ibu bapa harus menanamkan pada jiwa anak-anak hakikat seluruh Rukun Iman yang enam dengan sebaik-baiknya.

2. Memberi nama yang elok dan melakukan akikah

Nama yang elok berperanan membentuk peribadi anak. Mengenai akikah, sabda Nabi s.a.w.: “Setiap anak tergadai akikahnya dengan disembelihkan akikahnya pada hari ketujuh kelahirannya. Pada hari itu ia dicukur dan diberi nama.” (Riwayat Imam Ahmad dan Imam yang empat)

3. Mendidik asas hukum syarak yang berkaitan dengan kehidupan sehariannya

Antaranya: a. Hukum-hukum Islam yang lima (wajib, sunat, harus, haram dan makruh). b. Mendidik batasan pergaulan dan auratIni termasuk memisah dan mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan.. Sabda Nabi s.a.w.: “….dan pisahkanlah tempat tidur mereka (setelah berusia 10 tahun).” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud dari Ibnu Amr Ibnil ‘As r.a.)

Nabi s.a.w. menekankan soal pergaulan dengan sabdanya: “Hindarilah kamu dari bercampur (secara bebas) dengan kaum wanita.” Anak juga mesti dididik dengan batas aurat terutama bila telah baligh.

Suatu ketika Asma binti Abu Bakar memasuki rumah Nabi s.a.w. dengan pakaian yang tipis, lalu Rasulullah s.a.w. menegurnya: “Wahai Asma, apabila perempuan telah mencapai (sampai) usia baligh, maka ia tidak boleh dipandang kecuali ini dan ini (baginda s.a.w. menunjukkan wajah dan kedua-dua telapak tangannya.”

4. Mendidik akhlak, adab dan budi pekerti

Ilmu tinggi tidak berguna kalau tidak beradab dan tidak berakhlak dengan Allah dan sesama manusia. Pastikan ilmu dan amalan anak-anak kita menghasilkan ‘buah’ yang masak ranum (akhlak terpuji). Sabda Nabi s.a.w.: “Elokkanlah namanya (anak) dan elokkanlah adabnya.” (Riwayat al-Baihaqi)

Nabi s.a.w. bersabda lagi: “Tiada seorang bapa yang memberikan sesuatu kepada anaknya yang lebih bermakna daripada pemberian adab yang baik.” (Riwayat at-Tirmizi)


5. Mendidik anak tujuan dan matlamat hidup yang jelas

Anak-anak yang tidak ada tujuan dan matlamat hidup akan mudah terpesong dari jalan kebenaran dan mudah juga hanyut dalam arus duniawi. Matlamat hidup tak lain dan tak bukan ingin mendapat keredhaan Allah S.W.T. berpedomankan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Tujuan hidup atau tujuan kenapa Allah mencipta manusia perlu ditanamkan dalam jiwa dan minda anak-anak iaitu untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di atas dunia.

6. Mewujudkan suasana yang soleh

Untuk melahirkan anak yang soleh, persekitaran tempat membesar dan tempat beraktivitinya juga kena ‘soleh’ (baik). Kena ada gabungan suasana ibu bapa yang soleh, rumah tangga yang soleh, guru-guru dan kawan-kawan yang soleh, bahan bacaan yang soleh dan paling penting sistem pendidikan yang soleh.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga kamu dan didiklah mereka.” (Riwayat Abdur Razzaq dan Sa’id bin Mansur)

7. Memberi dorongan dan perangsang

Dalam al-Quran, Allah S.W.T. memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan balasan syurga seluas langit dan bumi. Janji-janji Allah ini hendaklah disemai di dalam jiwa anak-anak sehingga menjadi keyakinan dan pegangannya. Selain itu ibu bapa boleh memberi ganjaran dan kata-kata pujian dan kata-kata semangat di atas kejayaan dan kebaikan yang dicapai dan dilakukan oleh anak-anak.

8. Hukuman dengan niat mendidik

Setiap kesalahan anak-anak itu perlu diperbetulkan. Baru ia dapat mengambil pelajaran. Adakalanya dengan nasihat, teguran dan denda. Ada masanya dirotan dengan rotan yang tidak mencederakan.

9. Pemberian (perbelanjaan, hadiah dan sebagainya)

Pemberian kepada anak-anak hendaklah disamaratakan. Sabda Nabi s.a.w.: “ Samaratakan anak-anak kamu dalam pemberian. Maka sekiranya saya suka melebihkan seseorang, nescaya saya lebihkan perempuan.” (Riwayat Imam at-Tabrani dan Khatib) Mungkin sesetengah kita kurang mampu memberi sepenuh didikan kepada anak-anak kerana kurang ilmu dan sebagainya.

Di sini pentingnya anak-anak dihantar kepada guru yang lebih berkemampuan dan lebih berilmu. Itu pun, didikan yang asas tetap perlu bermula dari ibu bapa di rumah.

Thursday, July 15, 2010

Khas Buat Tatapan Suamiku & Insan2 Yang Bergelar Suami

Hari ni sggh memenatkan diriku. Rase mcm byk sgt kerja yg tergendala. Tapi entahlah.. tak tau nk settlekn yg mane dulu. Suamiku.. aku rase mcm byk bende dlm kepalanye menyebabkan aku tak terluah untuk memberitahu ape yg ade dlm fikiranku. Terkadang kita sbg manusia lupa kpd org2 disekililing kt yang memerlukan perhatian & sokongan.. Zaman bercinta, tak kan sama sptmana d alam perkahwinan.. Mgkn disebabkan oleh komitmen dlm rumah tangga. Bila kt da kawen, kt punya komitmen untuk jg hati suami, mkn minum & pakai suami, jg maruah suami, jg rumah tangga..Once bila da ade anak, lg besar komitmen tu..Lagi bertambah2...

So sbg manusia biasa yang tak lps dr melakukan kesilapan, terkadang kt terlupa apa yg perlu d utamakan & perlu d kemudiankan. Dalam rumah tangga, saya rase suami isteri perlu saling bekerjasama dlm menguruskan rumah tangga & anak2.. jgn jdkan semua kerja2 rumah, menguruskan perihal anak2 adalah tggjwb isteri sahaja. For u all (para suami) information la kan, jaga anak & uruskan anak2 lbh penat dr bt kerja rumah & kerja2 u all tu tau.. btl x para ibu2 sekalian?? tambah2 anak2 masih kecik yg x tau uruskan dri sndr lg.. penat WOOO...

Oklah, x nak panjang2kn citer lg, ini adalah sedikit peringatan atau just untuk renungan para suami2 di luar sana.. x terkecuali untuk renungan suamiku yg tercinta. Untuk keharmonian & kesejahteraan rumah tangga.. :)

1
. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.
3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".
6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.


7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan Tuhan dan suami, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.


9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

Monday, July 12, 2010

Khasiat Jus Delima


Adoyaiii... x suke sgt ble org pertikaikan khasiat jus ni. x faham btl ngn masyarakat hari ni... try u all fikir k, kalau satu2 produk tu x bgs, xkan saya or sape la kt atas muke bumi ni nk promote kt org ramai kn? x fhm laa... kalau bende tu bagus, baik tuk kesejahteraan hidup, of course la kt nk share ngn kwn2 kt kn? nk share ngn org ramai sal khasiat, keistimewaan that produk.. try to think positive k...

Ok la, kt sini saya kn bgtau kebaikan jus delima ni.. sbnrnye, jus delima ni dperbuat drpd 99% buah delima, TULEN.. drpd kt duk telan biji delima yg byk2 tu, i think its better for us tuk MINUM buah delima yg telah dipindahkan menjadi JUS.. lg senang kn?? baby dlm kandungan blh merasa, ibu yg tgh pregnant pn tak ssh tuk minum jus, baby2 yg sudah kt luar ni pn blh merasa gaks, memudahkan org2 veteren yg mengalami mslh kesihatan tuk minum, menyenangkan org2 mude cm kt ni tuk minum bg mengelakkan mslh kesihatan & kekal aktif spjg masa.. is it begitu ssh tuk difahami?? hrp2 semua blh fhm..........

Ini sedikit coretan mengenai BUAH DELIMA & JUS DELIMA.... **********

Buah delima berasal dari negeri Parsi Purba (Iran sekarang). Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium. Antara khasiat buah delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
  • Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-

  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara
  • Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

    cara pengambilan : 15- 30cc sehari, bila bila waktu

    Sunday, July 11, 2010

    Tak habis2 sal dorang...


    Knape la kt paper ni hari2 kuar sal citer dorang?? da naik boring.. citer laks ntah pape. Sal video porno? bt malu muke jek.. Si Luna Maya ni blh tahan gak cantiknye.. tp jd mgsa video cmtu.. Sape suh dorang rakam aksi2 pelik cmtu kn?? hehehehe... Si Aril nih plak.. x kurang bongoknye.. Ish..x tau da nk komen ape. Tp mmg boring ah ble bace paper jek, kuar citer sal dorang. Adoyaiii...

    Dunia suda mau kiamat kah????........

    Wednesday, July 7, 2010

    My Hadiff da makin membesar....


    This my latest pic of my little boy...

    Sekarang makin penat nk jaga die sbb die makin byk ragam..
    Kalau boleh die nk org asyik layan die berckp.. kiter plak x faham ape die ckp.. adoyaiii... cmne nk bt tu??
    Dan sekarang die da pandai pilih kasih... kalau time bersama mama, asyik nak berdukung jek..
    kalau mama x nak dukung, nangis.. Penat la mama, Ahmad Hadiff wei..
    Dan kalau die tau papa die blk jer dr keje, asyik tgk jek papa die.. gelak2 ngn papa die.. mama cemburu tau............. :p

    Skrg usia die da 4bln stgh... xtau la cmne karenah die bile die menjangkau usia 5bln nanti..
    mesti lg pening mama nk melayan..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...